Jumaat, 28 Disember 2012

CaBaRaN DeWaSa

APO DEN NAK BUEK CUTI-CUTI NI

Assalammualaikum semuo,lamo eden x update blog den ni...sobonarnyo den bukan x do maso tapi den x do ideo nak create something yang ekau2 semuo boleh baco(mcm la banyak bobonar follow den)..AAAASSSSSSDFFFKKHLLLNNKL

halo....:) Alhamdulillah dah normal pon td sawan negeri sembilan jap...heheh....Sesudahnya tarikh keramat 12.12.12 selesai sudah tugas mimi sebagai pelajar lepasan STPM aduhai....sedih jugak la sebabnya dah start berpisah ngan kawan-kawan.Kenangan di sekolah la merupakan kenangan yang paling berharga....suka-duka,gembira,gelak ketawa,menangis,marah,kecewa semua bercampur-campur. Kadang-kadang kita tak puas hati ngan member ngan cikgu apatah lagi kadang2 rasa macm nak je letupkan tayar keta dia...hahahah.
tapi x sampai hati la pulak...

Sebagai kalangan yang merupakan senior kat sekolah bukannya tanggungjawab yang mudah.Macam -macam kami kena buat tapi kadang2 tu wat tak tahu jugak ye la buat kena sumpah x buat tak tahu apa yang kena kan...tp ah biarkan je la.

Last paper BAHASA MALAYSIA 1 TEPAT 4PM  Alhamdulillah semua nya baik...Aku dah mula fikir kat mana nak keja transport mcm mana semuanya menghantui la tp sempat lagi enjoy dulu kAt Restoran Santai kat Tesco Rawang hehehe....mkan mcm bela saka kahkahkah..tp nama pon perempuan kan makan kena la cover heheheh.....













makan punya makan dah nak balik tu sempat lagi rancangan last minit pi AEON ANGGUN RAWANG  sempat lagi pi tengok wayang The Hobbit...hmm not bad la cita nya..kehkehkeh...start pukul 4.10pn abisnya 6.50 ha amik kau Maghrib baru balik hehehe....







Alam Dewasa bermula.....

bERMULA DARI SEKARANG AKU KENA FIKIR MASA DEPAN MATLAMAT AKU NAK BEKERJA BUKAN NAKKAN TELEFON PINTAR SEPERTI SAMSUNG GALAXY NOTE .BEAM,YOUNG ,IPHONE5 ,ATAU SEBAGAINYA TAPI AKU NAK BELI LAP TOP YANG MAMPU BANTU AKU RINGANKAN SERBA-SEDIKIT BEBAN MAK DAN ABAH.mesti korang terasa kau nak masuk universiti biarla mak bapak ko yang tanggung .INI LAH PENGORBANAN AKU SEBAGAI ANAK KALAU NAK HARAPKAN ABAH AKU LAGI ADIK AKU LAGI HMMM..X PE X PE AKU BOLEH MIMI TRUST YOUR SELF..

YA ALLAH KAU BANTU DAN PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBA MU INI.......


*LEPAS NI DEBARAN RESULT PULA....

Khamis, 22 November 2012

CaHaYa cInTaKu

jika hari ni aku tidak dapat melihat senyuman yang terukir diwajah cintamu. Warkah cinta bersulam rindu hadir untuk meluahkan rasa hati ini.


WANITA

hatinya bukan untuk dikhianati atau digores dengan kata - kata manis sang putera

tetapi

hatinya untuk di peluk dan dihargai oleh  sang putera idamannya

WANITA

dirinya hanya mampu meluahkan bukan daripada isi hatinya

tetapi

dia akan meluahkan persepsi perasaannya dengan keperihatinannya dengan mengambil berat sang putera


WANITA

bukan harta kekayaan di damba daripada sang putera idamannya

tetapi

kekayaan kasih sayang yang mampu membuatkan tidurnya lena di dalam dakapan cinta


WANITA

bukan singgahsana mewah yang berkonsepkan metropolitan yang diinginkannya

tetapi

binaan cinta yang halal dan mampu membawanya ke jalan Allah yang diiginkannya




dambaan kasih dan sayang daripada sang PUTERA cukup untuk menjadikannya indah

"aku terima nikahnya"
lafaz yang paling agung dalam diri seorang wanita.




"YA ALLAH KAU TEMUKANLAH JODOH YANG TERBAIK UNTUKKU.SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENGETAHUI SIAPA YANG AKU MAHUKAN , JIKA DIA UNTUKKU KAU BUKAKANLAH HATI DIA , JIKA DIA BUKAN UNTUKKU KAU PISAHKAN KAMI DENGAN CARA YANG BAIK.

Rabu, 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Maal Hijrah

Jadikan zaman jahiliyah sebagai renungan semua manusia di dalam hidup . Jadikan zaman kegelapan itu sebagai panduan kepada ummat islam kini agar dapat berubah dari yang buruk kepada yang baik.

Jadikan peristiwa hijrah iaitu perpindahan Rasul junjungan mulia yang merupakan Kekasih Allah bersama - sama muslimin Mekah ke Madinah sebagai pengajaran yang amat berguna dalam kehidupan kita . Aplikasilah peristiwa ini dalam kehidupan kita . 

Mimi berdoa agar Malaysia aman dan damai dan semua masyarakat dapat hidup seperti zaman kegemilangan Tamadun Islam iaitu pada Rasullah menjadi pemimpin Madinah .

~~~~~~~~~~~~~~~SALAM MAAL HIJRAH 1434 H @ 2012 M~~~~~~~


Jumaat, 14 September 2012

AnDa iNgAt SyAmImI ni ApA?????zx

SAKIT HATI NI TAHU TAK



tak de sesiapa manusia dalam dunia ni tak de masalah Mii pon tak terlepas daripada masalah tapi agak2 la kalau kita nak mengadu kat orang yang kita ni ada masalah yang boleh dikatakan nauzubillah tu....apa ingat mimi ni penyelesai masalh yang terhabat didunia ni ke?? yang sesuka hati je nak share....tak salah klu kita nak mintak pendapat orang lain tapi agak2 la kadang2 tu orang yang kita adu lagi banyak masalah dia tahu tak????

ni tak on je twitter 'mimi tolong aku......' on je fb 'mimi....dia tu........ dia ni.........
jangan hidup dengan melarikan diri daripada masalah kadang2 masalah tu mendewasakan seseorang tahu tak????


mimi ni tgh banyak gila masalah tahu tak ? dengan mak tak suka dengan pilihan hati miminya....dengan nak exam nya....ngan pasal folio nya apa ni......????? so jangan nak bebeankan mimi lagi dengan benda2 yang mengarut tu ek....tolong la....


ckp pasal hati.....mimi kdg2 dah fed up menaruh perasaan kat orng(lelaki) dah bosan,menyampah , benci ah macam 2 la tapi mimi asyik menangis pasal dia 
aduhai.....semak


satu lagi peringatan ek 


SAYA BUKAN KAUNTER PENGADUAN MASALAH ANDA

Ahad, 9 September 2012


NUR SYAMIMI BT KAMARUDDIN



SEBENARNYA TAK DE BENDA MIMI NAK SHARE KAT SINI 
TAPI
MIMI NAK MINTAK FRIEND2 KAT SINI DOAKAN KEJAYAAN MIMI
N DOAKAN JODOH MIMI DEKAT DENGAN mR.z...


NAK KENALI MIMI DENGAN LEBIH LANJUT



mimi sayang dia sangat -sangat





Sabtu, 21 Julai 2012

ramadhan pertama

ramadhan sudah menjelma
banyak juadah tersedia
berbeza ngan family saya
1/2 jam nak berbuka baru nak pikr nak makan apa.

ramadhan sudah menjelma
orang lain x tentu hala
bg aku ianya biasa
sebab mak dah ajar tahan nafsu tu ye

ramadhan sudah menjelma 
bazar ramadhan sibuk sekali
umah aku x sama
coz berbuka ngan kurma dan laici

~~~~selamat bebuka semua...~~~~

Jumaat, 20 Julai 2012

HATI YANG DIKECEWAKAN

aku bersendirian 
bersendirian memikirkan kesalahan
kesalahan dalam perhubungan yang dicipta 
terciptanya perasaan cinta yang buta
buta segala-gala

aku bersendirian 
merenung bintang dilangit
merencanakan identiti diri
tanpa sedar air mata menagalir di pipi

kenapa kau bukan untuk ku
adakah aku tidak layak memiliki cinta
kenapa nasib tidak menyebelahi perasaan aku
persoalan yang amat merunsingkan

aku mengharapkan kau selama ini 
tetapi
kini aku sedar ko yang melukai aku sebenarnya
setiap hari kau di hadapan mataku
tetapi kau yang membutakan mata kau
orang lain sibuk menjodohksn kita
AKU MENAFIKAN
AKU MENIDAKKANNYA
kerna ku tahu siapa aku dihati kau,

KINI 
aku akan cuba bangkit untuk menyatakan yang aku tak tersinggung dengan kelakuan kau.
KINI
aku lebih rela tidak mempedulikan kau
KINI
aku lebih rela menjauhkan diri aku drkau
KINI aku akn cuba melupakan kau
KINI 
aku akan cuba tidak akan menganggu hidup

kerana  aku ialah




~~~~~~~~~HATI YANG DIKECEWAKAN~~~~~~~

Ahad, 15 Julai 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK

BULAN PUASA DAH TIBA





  Seminggu lagi dah nak mulanya bulan yang penuh barakah , yang penuh mulia , yang amat mengembirakan sebab time tu telefon asyik berdering ucapan selamat berbuka pusa penuh kat inbox.sedara-mara pon asyik text 'bersahur apa' , ''berbuka menu apa???' macam2 lagi la....tapi ibunda dan ayahanda ku rileks je 15 minit nak berbuka baru kelam kelibut...(tersenyum aku). last2 cekodok atau nasi goreng juga menunya....heseimen....





  Kwan2 mimi selalu cita yang mak dorang sebuk wat itu wat ini utk bebuka tapi mak n abah mimi PALING SEMPOI...kata dorang nak ajak pi bazar mmg tak le.....abah tak suka...bukan berlagak tapi itula kenyataannya..heheheh tak tahula kenapa sampai skang mimi tak tahu apa sebabnya abah x suka ajak kami pergi bazar even pasar malam pon x??? klu semua nak tahu minggu lepas ialah kali pertama utk 2012 mimi pi pasar malam ngan my beloved friend ilyia....ABAH AKAK NAK TANYA N KENAPA X SUKA PI PASAR MALAM?????


  OK abaikan le....bila terawih paling best...pegi time nak isyak....malas nak tunggu drpd maghrib..tu yang start isyak je....pastu terawih 8 rakaat je....mmg tsk de masalahler....(masyaAllah bongkaknya). lepas terawih selalunya ada tazkirah....bengang gak baik wat witir terus.ni tak cramah plak??? apa2 je la time ni klu diikutkan main mercun la apa lagi.....jangan ikut tau main2 mercun ni bahaya!!!! mimi tak main tp tengok2 je...lepas ceramah terus witir pastu balik..tu la rutinnya..sampai raya!


ok sampai sini dulu time raya nanti lain cerita ek tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!


~~~PERASAAN INI SUBJEKTIF~~~

kenapa hidup perlukan Cinta.....
      kenapa Cinta datang dan pergi dari hidup aku....
            kenapa Cinta tak pernah menyebelahi aku.....
                  kenapa insan yang aku cinta selalu selalu buat aku menangis , cemburu dan sebagainya.

Tak pernah ke dia nak tahu yang aku dah jatuh hati kat dia.SUSAHKE...????
tak kan aku nak cakap  *bisik hati kata mmg patut bg thu dia klu tak mcm mana dia nak tahu.




AYAT NI SELALU MIMI DENGAR KETIKA 
SESEORANG TU MERAYU KESEDIHAN 
SEBAB INSAN YANG DICINTAINYA TIDAK 
BERPIHAK PADANYA
PEDIHNYA PERASAAN INI HANYA YANG MERASANYA SAHAJA YANG MENGERTI
TAKKAN ADA INSAN LAIN YANG MENGERTI.
KECEWA
SEDIH
DUKA
SENARIO BIASA DALAM PERASAAN
SEBAB ITU RAMAI OARANG KATA

PERASAAN ITU SUBJEKTIF
YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK 
HAMBANYA
DAN TERPULANG PADA HAMBANYA
UNTUK MENENTUKAN 
HALA TUJU 
PERASAAN 
SENDIRI

NUKILAN DRPD HATI YANG SEDANG TERLUKA TETAPI BERUSAHA UNTUK BANGUN

Sabtu, 14 Julai 2012

BETUL KE TIDAK NI.....?

TINGtongTIME



kenapa tingtong ?
jwapannya: ENTAH LER...

kau ni kenapa tingtong ?
jwapannya: ENTAH LER...

kesian kau ting tong ?
jwapannya: ENTAH LER....

SEBENARNYA TING TONG NI SUKA SOMEONE TAPI DIA CONFUSE TU YANG TING TONG JADINYA.DIA TING TONG KALAU DIA SUKA ORANG TU ...ORANG TU SUKA KE DIA NI !!! SEBABNYA DIA NI TING TONG....

FAHAM !!!!!
KLU TAK FAHAM
TOLONG WAT2 FAHAM JE 
RETIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


~~~~~KESIAN @ SEKIAN~~~~
TING TONG  GIRL........

Rabu, 6 Jun 2012

Falling in love with bestfriend

JATUH CINTA DENGAN SAHABAT



Sebenarnya dah lama mimi mencari jawapan dengan persoalan ni. mcm mana boleh jatuh cinta dengan kawan sendiri.? dan yang utamanya apa itu cinta? bagaimana rasanya? bahagia atau sebaliknya? banyak suka atau duka? 
    
          Persahabatan bukan terbatas perempuan dengan perempuan,lelaki dengan lelaki,tetapi persahabatan juga boleh hadir jika berlainan jantina? ikut keselesaan individu...bagi mimi terus- terang mimi ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan....tak tahu kenapa? berbalik pada persoalan....Allah hadirkan sahabat untuk kongsi masalah atau kegembiraan.betul tak?? fikir2kan la sendiri..tetapi ada satu perasaan berputik selama bersahabat dengannya
.
MENYAMPAH BILA DIA DEPAN MATA
RINDU BILA DIA TIADA

WAJAH SLUMBER BILA DIA DEPAN MATA
WAJAH CINTA BILA DIA TIADA

TAK MENGHARGAINYA BILA DIA DEPAN MATA
MENYESAL BILA DIA TIADA

MENIPU BILA DIA DEPAN MATA
JUJUR BILA DIA TIADA

kenapa jadi mcm tu ek?
SEBELUM TU NAK DINYATAKAN DISINI ISU INI TIADA KENA- MENGENA DENGAN SESIAPA YE...
apa salahnya berkawan...kenapa perlu hadirnya rasa2 yang sebegitu rupa....susahla....benda yang senang jadi rumit.sedangkan hal tu x sebesar mana pun.....ok la andai kata dia bercakap atau ada hal denagn perempuan lain apa perasaan aku masa tu??  dah confirm2 la aku cemburu..ehh...jap..jap....kata sahabatkan?dia bukan laki kau pun....

     Betul ke perempuan x leh bersahabat dengan lelaki??
     betul ke???? mcm x logik kan?
kalu dia salah cakap pun mesti mimi terasa....
penatla....atau ni mainan perasaan muda remaja?
hanya mengharapkan dirinya untuk disayangi dan dicintai.

tetapi kenapa dia? kenapa sekarang?kenapa tak dari dulu.dan kenapa juga org lain nak padan-padankan juga.aduhai x fahamla...

Ahad, 3 Jun 2012

GUNUNG STONG STATE PARK,KELANTAN


KENANGAN TERINDAH DI DABONG,KELANTAN


Berbulan- bulan mimi merancang untuk aktiviti pengembaraan bagi pengakap kelana.Susah –payah mimi selaku setiausaha bersama kawan-kawan yang terlibat amat mencabar dari segi kesabaran , kewangan , masa dan sebagainya.tetapi berbaloi sangat2.
                Mula asalnya tahun lepas mimi n kawan2 nak ke negeri sembilan atau ipoh mali meh hehhehe....tapi tahun ni baru kami decide betul2 nak ke Kelantan .Ini semua idea dan bantuan ustaz aziz ngan cikgu sukor....(you are the best)....start dari merekalah yang sanggup penat2 survey tempat yang dikenali sebagai GUNUNG STONG......kepulangan mereka membuatkan kami seramai 64 org pelajar ppu atas tertunggu-tunggu dengan pengalaman mereka.
                Dalam kelas kami pelajar2 sejarah menanyakan pengalaman cikgu sukor...bestnya itu yang bermain dalam hati ketika itu......bincang punya bincang Alhamdulillah paperwork diluluskan oleh pengetua.Belum lagi.......rileks dulu ni kasi saspens sikit...jeng jengjeng .....ppd blom lagi.....bak cerita cikgu lezza 2 ke 3 kali paperwork kena reject “hampa” tapi berkat kesabaran cikgu2 dan kesanggupan kawan2 mimi untuk membayar sebanyak rm200 amat dihargai Alahamdulillah sekali lagi projek berjaya diluluskan.....
                Minggu exam berlangsung....buku tangan kanan duit beratus2 kat tgn kiri tetapi alhamdulillah exam x terganggu.be smart to handle la kan.....jadilah org yang bijak ....^_^..bertembung pula dengan kolokium tetapi berjaya diharungi dengan baik ok la tu..!!!  . petang jumaat tu mimi dapat rehat 10 minit je....mandi2 makan pun mimi x lalu coz mimi gerak naik bas.(bas la sangat)...liya call kata dia dah nak turun..ok mimi pon gerakla....mak nangis ....cepat2 mimi pergi klu x mimi pun menangis gak....mimi turun bukit umah ngan penuh slumber....alik2 rezeki mimi kot fauzul pun nak gerak.....mama dia ajak sekali.mimi sebenarnya dah segan nak tumpang dia coz dia dah banyak tolong mimi...apa pun fauzul tq.....ko la sahabat aku..(kaki bodek ni wei heheheh).sampai sekolah lepas salam ngan mama fauzul. Bas 2 biji naik...kami semua berkumpul n ustaz bacakan doa dengan harpan selamat perjalanan kami.

                   
Dalam bas mimi duduk ngan zati.mals nak pikir2 ikutkan klu duduk ngan sapa pun boleh coz mimi bukan nya memilih bab2 ni...dalam bas ok la..tak de la apa2 sangat.pastu kami singgah solat asar kat bentong. Penat wei dudk lama2 hehheehhehe singgah sebentar bersama kitkat.
                Lepas ni bermulalah perjalanan ke kelantan dlam maghrib nak ke isyak kami sampai kuala lipis kat situ pi makan...ckp pasal makan x de selera ...penat pikir nak tdo je...bangun tido bangun tido x sampai2 lagi .mimi tido best je yg zat x leh tido pelik x tahu kenapa? Hehheh maybe mimi ada bantal kecik kot.tu yg lena.sedar2 kat gua musang.uish jauh tu.td masa kat kuala lips tengok signboard ada 347km.mak ai jauh tu..... jalan punya jalan akhirnya sampai juga kami ke GUNUNG STONG STATE PARK .penat jangan cerita la....sampai dorm terus tido..malas nak sembang2.

26.mei.2012
                Mimi tido dulu mimi yg bangun last.hehhhe semestinyalah.itu pon ilyia tolong kejutkan.tq baby...dah selesai siapkan diri pi makan....nauzubillah seksanya nak pi makan tp berbaloi sedap wei..awe kelate masok pergh..terbaik heheheh.....pastu mimi n kwn2 lain pi teroka gua...start ngan gua pagar lepas tu gua keris n last gua gelap....gua gelap pling best hehhehe....
      
Balik dr teroka gua..jap222 lupa nak inform.banyak gak la info2 yg dpt kat dlm gua tu....k sambung blik blik2 makan pergh terbaik sekali lagi..bdk2 lelaki sampai tambah2 la....mmg sedap pon x dinafikan.masa blik mimi satu van ngan cikgu2 lelaki tambahan lag ngan cikgu anuar..sakitperut ngan dia tu gelak memanjang....balik dr gua kami teruskan dengan aktiviti dlm kumpulan ...tugasannya kena buat peta resort..mimi dlm kumpulan 1 ngan fauzul,fami,anisha,zana.noray,sue,atirah,aznil,nesa,ran,ala sorila klu aku x ingat member....jenuh nak pegang benang semata2 nak pi melawat kawasan resort tu.n wat  peta mmg terbaik la peta kawasan n hasil idea kami sekumpulan ..AWOSOME.......tambahan ngan dato’ selaku ketua kami...mmg best le...

  
Lepas siap hantar dan terus siapkan diri untuk makan n solat.dah settle semua tu.ada aktiviti iaitu “baber coach” mula asalnya kami ingat bbq wah bestnya....alik2 mlm tu kena wat perabot dr belon...pergh....best kumpulan kami punya sofa mmg terbaik....jom tengok belon ...
                                                           ni hasil kerjasama kumpulan 1
                                                                  ni kumpulan 2
                                                                         ni kumpulan 3
Lepas tu tido le

27.mei.2012
                Pengembaraan bermula...GUNUNG STONG....penat jangan ceritala ngan mimi jatuh.yati jatuh.zati jatuh ,ilyia jatu,fauzul jatuh,acap jatuh, sapa x jatuh tu membohong je....heheheh...sampai kat puncak YA ALLAH SUBHANALLAH CANTIKNYA BUMI ALLAH....DAN tak sangka mimi yang gemuk ni(mengakulakan...) berjaya sampai ke puncak....silap orang la sapa kata mimi x leh wat...mimi mmg besar tapi seiring dengan semangat.
Description: http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/543532_450645751631203_380945966_n.jpg
Lepas tu yg paling best mandi air terjun.....lepas gian weh.... balik dr ni mimi ,nawa,zati,shima,anis,wani,wan,acap n cikgu2 pi wat khidmat masyarakat .kami melawat dan bg sedikit sumbangan kat 3 buah keluarga.keluarga pertama mimi dapat sejenis daun (lupa nama daun tu) dengan petua...keluarga ke2 mimi dpt mkn buah salak fresh...sedap gak...ada adegan lawak x leh nak cerita...hehhe.keluarga ketiga ok la..biasa2la...tapi mimi sedar ada lagi yg lebih susah dr kita....

Sampai2 makan malam siap untuk blik ke rawang....naik keretapi pergh pengalaman yg terindah walaupun sakit bdn.sampai KL SENTRAL pukul 9 lebih n terus ke rawang sampai dlm pukul 10 pg.pi makn MC’D ngan liya,sab,lina n last baru fauzul join....
    



   
Lepas tu bawa diri ler..............
‘Sesungguhnya kita dapat mengenali kawan kita dengan bermusafir bersamanya.’
MiMi DaH kEnAl MaNa KaWaN mAnA lAwAn  J

Sabtu, 19 Mei 2012

PPU ATAS SENI VISUAL 2012


Inilah kelas mimi dimana suka duka , kena marah , bergaduh , gelak - tawa , kena maki (ha????? maki hehhehe) , kejar-mengjar , bercinta macam2 la....semua kat dalam kelas ni.....kelas didiami 18 org pelajar 1 perempuan tapi hanya seorang ni sahaja kumbang antara bunga2 dara sunti dan dianugerahi dgn seorang guru kelas yang amat disayangi . Untung kami jumpa guru sepertinya.dah la cun, baik plak tu mmg pakej la kan.
        

                        

Jumaat, 11 Mei 2012

ROVERMOOT SELANGOR 2012

Rovermote Selangor 2012


Assalammualaikum semua. Lama mimi tak update blog mimi ..maafkan la ek sibuk.tak pe skang mimi nak kongsikan pengalaman mimi dan 11 org lagi Pengakap Kelana SEMESCO . Ikhwan call mimi bg tahu ada satu kem yg akan diadakan masa tu dlam bas on the way nak pi sekolah....cerita punya cerita mimi tanyalah ada byrn ke....hajat dihati tu mmg nak pegila kan.....sekali tu Ikhwan kata Rm 50.....ha...nak tahu apa reaksi mimi...mimi wat x dengar je la....hhahhhahhha....and then sampai sekolah Tc Shanaz pujuk gak...mula2 tu keras hati gak la mcm2 alasan kuar exam la ...duit la...dah tu last2 cair gak.....tu la kelemahan hehhehheh.Masa tu tgh belajr sejarah  suddenly tc Shanaz panggi mimi ...pujuk2 punya pujuk "ok la mimi pegila" mula2 tu muka mcm x ikhlas je last2 mimi yg over..hhahhahahah
            sehari sebelum pegi tu mimi rileks je ngan bu x pack mcm benda la x de.....malam tu kelam kabut sampai pg tu sampai antar msj ngan fauzul nak tumpang mama dai..(tq mama fauzul) heheheehheh klu x mmg hajat dihati naik bas je.....ok la sampai ingatkan bas dah ada alik2 pukul 10 bas dtg ceh......ok la pastu tungu punya tungu sampai gak.....naikla sampai ke kem Mutiara Semenyih Eco Resort berdepan dgn jerat cina kaya ...kehkehkeh.......sampai pasang khemah n rileks je...mimi satu khemah ngan anur@mak n sabariah best dpt jd campmate dorg.....malam tu bru ada aktiviti...tp esok nya bru best.....ingatkan dr Selangor je rupa2nya ada dr Terngganu ,kedah kelantan ala mcm2 la Pramuka dr Indinesia pon ada.....kotinjen HUSEL pling ramai 44 org terdiri drpd kwn2 dr KKB N SEMASYUR N kelana C. best la gamat satu bas....
            masuk bab aktiviti dr 15 aktivit ada 2 mmg semua x dpt wat iaitu paintball pastu kwn 2 mimi yg lain wat kayak n water confident tp mimi x wat coz terlibat ngan Kawad Hormat untuk pembukaan @ perasmian ROVERMOOT ni...hmmmmm kesian pastu nak wat dah x de masa....tp paling berharga apabila rmai kwn2 dr kkb n semasyur yg mimi kenal .mmg sebelum ni manikayu n virgil dah jumpa tp x sakrab ni kami semua....
 mcm 1 family.....ni masa blik klu pegi msg wat x tahu lagi....hehehhehehe
mcm2 aktiviti pahit manis suka duka sampai ada insiden bermasam muka n histeria la...hehehhhhhe tu yg x syok tu...tp dgn kematangan kami semua Alahamdulillah semua berjlan dengan lancar.
ni mimi sispkan gambar sepanjang kami disana.
kepada: ikhwan,fauzul.acap,azhar.nurrin ,norray, ayu , nani, sab, annur, chye you are the best among the best.

terima kasih gak kat cikgu halzza n tc shanaz i love you so much.

   ni lepas bukak khemah nak blik....                            ni wjah2 wakil SEMESCO
     ni masa aktiviti merntas hutan
          ni la kemside kami.....
I LOVE ROVERMOOT 
MUKA HITAM PON DISEBABKAN ROVERMOOT 
APA2 PUN ENJOY....................................................\
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isnin, 6 Februari 2012


Tahun ini tahun untuk Mimi "berperang" dengan minda untuk menghadapi cabaran seterusnya iaitu STPM.
Jika tahun lepas semasa Lower 6 boleh la berperangai mcm kanak-kanak tapi kini kena sedar diri la ckit
lewat belasan tahun tu....
x sangka rupa-rupanya......
subjek yang Mimi galas untuk STPM ini ialah

  • SEJARAH
  • BAHASA MELAYU
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • PENGAJIAN AM
  • .M.U.E.T
Sebelum ni ramai yang kata STPM ni  x de masa depan, buat keja gila,buang masa macam-macam la.Tak dinafikan STPM ni bukan la satu yang mudah dan juga bukan satu benda yang susah.Pokok pangkalnya daripada hati . ramai jugak yang mendesak Mimi supaya Terima tawara UITM tapi Mimi x minat kursus yang ditawarkan...Kenapa orang tak boleh faham apa yang Mimi nak????.....Mimi bukan amik STPM ni membabi buta je ...Mimi tanya orang sekeliling.....mak abah juga banyak bagi Mimi jalan macam mana nak selesaikan masalah Mimi ni....tp sekarang Alhamdulillah atas berkat dan doa mak dan abah ....usaha Mimi ....mimi boleh bawa TINGKATAN 6 ni....
Ni adalah fakta form 6 ni ada kelebihan ada jugak kekurangan nya...bagi Mimi sama je semuanya...sebab Mimi percaya "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"....betul x???
cuma tingkatan 6 ni tak sebebas ipt samada awam atau swsta....tingkatan 6 ni dianggap seperti "budak- budak sekolah" masih terikat dgn peraturan sekolah.pakai uniform sekolah......tapi terus terang Mimi kata kerja2 kami still sama seperti pelajar universiti....cuma kampus pembelajaran sahaja yg tidak kondusif.
tapi kelebihan STPM ini adalah selepas keputusan STPM keluar yang menunggu kita di menara gading ialah IJAZAH bukan DIPLOMA ATAU SIJIL .Percaya la.....ini ada lah kenyataaan STPM.
Kepada yang masih mencari institusi pengajian pilih la mengikut minat dan kemampuan diri jangan ikut kawan .....'
kalau dasar kita mengikut kawan bak kata abah Mimi "jahanam la kau" mmg kasar bunyinya tapi itulah realitinya......
k sampai sini dulu ye
assalammualaikum  :-)
Assalammualaikum dan salam sejahtera
setelah sekian lama mimi menyimpan hasrat nak bina blog mimi sendiri kini dah tercapai.......tak tahu macam mana nak sampaikan perasaan mimi saat ini.....
tapi insyaAllah mimi akan cuba bina sebuah blog yang sedikit sebanyak memberikan info.Tak banyak sikit pon jadi la kan.........Mimi harap blog ini akan memberikan sesuatu dalam diri kita ni.....