Isnin, 6 Februari 2012


Tahun ini tahun untuk Mimi "berperang" dengan minda untuk menghadapi cabaran seterusnya iaitu STPM.
Jika tahun lepas semasa Lower 6 boleh la berperangai mcm kanak-kanak tapi kini kena sedar diri la ckit
lewat belasan tahun tu....
x sangka rupa-rupanya......
subjek yang Mimi galas untuk STPM ini ialah

  • SEJARAH
  • BAHASA MELAYU
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • PENGAJIAN AM
  • .M.U.E.T
Sebelum ni ramai yang kata STPM ni  x de masa depan, buat keja gila,buang masa macam-macam la.Tak dinafikan STPM ni bukan la satu yang mudah dan juga bukan satu benda yang susah.Pokok pangkalnya daripada hati . ramai jugak yang mendesak Mimi supaya Terima tawara UITM tapi Mimi x minat kursus yang ditawarkan...Kenapa orang tak boleh faham apa yang Mimi nak????.....Mimi bukan amik STPM ni membabi buta je ...Mimi tanya orang sekeliling.....mak abah juga banyak bagi Mimi jalan macam mana nak selesaikan masalah Mimi ni....tp sekarang Alhamdulillah atas berkat dan doa mak dan abah ....usaha Mimi ....mimi boleh bawa TINGKATAN 6 ni....
Ni adalah fakta form 6 ni ada kelebihan ada jugak kekurangan nya...bagi Mimi sama je semuanya...sebab Mimi percaya "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"....betul x???
cuma tingkatan 6 ni tak sebebas ipt samada awam atau swsta....tingkatan 6 ni dianggap seperti "budak- budak sekolah" masih terikat dgn peraturan sekolah.pakai uniform sekolah......tapi terus terang Mimi kata kerja2 kami still sama seperti pelajar universiti....cuma kampus pembelajaran sahaja yg tidak kondusif.
tapi kelebihan STPM ini adalah selepas keputusan STPM keluar yang menunggu kita di menara gading ialah IJAZAH bukan DIPLOMA ATAU SIJIL .Percaya la.....ini ada lah kenyataaan STPM.
Kepada yang masih mencari institusi pengajian pilih la mengikut minat dan kemampuan diri jangan ikut kawan .....'
kalau dasar kita mengikut kawan bak kata abah Mimi "jahanam la kau" mmg kasar bunyinya tapi itulah realitinya......
k sampai sini dulu ye
assalammualaikum  :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan